Powered By Blogger

Friday 27 July 2012


KEJOHANAN SEPAK TAKRAW ANTARA REGU SEMPENA  KARNIVAL KOMPLEKS KEJIRANAN PUTRAJAYA 2012


UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN AM KEJOHANAN



1. Kejohanan Sepak Takraw Karnival Kompleks Kejiranan Putrajaya 2012 ini akan dipertandingkan mengikut Undang-Undang Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dan ISTAF yang sedang berkuatkuasa masa kini.

2.    Kejohanan ini akan dijalankan pada 22-23 September 2012 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Dewan Serbaguna, Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.

3.    Kejohanan ini adalah terbahagi kepada 2 jenis kategori seperti berikut :

3.1  KATEGORI BAKAT BARU :

ü Penyertaan adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat;

ü Setiap peserta hanya dibenarkan mendaftar untuk satu kategori sahaja;

ü Pemain yang pernah mewakili  ATM, PDRM, Negeri, Negara dalam kejohanan Grand Prix Kebangsaan, Piala Emas Khir Johari, SUKMA dan MAKSAK TIDAK  LAYAK didaftarkan dalam kategori ini.

ü Pemain yang hanya menyertai kejohanan peringkat MSSM atau pemain yang berumur melebihi 40 tahun dan ke atas serta apa sahaja kejohanan lain yang tidak dinyatakan adalah terkecuali daripada peraturan yang ditetapkan.

3.2  KATEGORI TERBUKA PUTRAJAYA :

ü Penyertaan adalah terbuka kepada semua pemain yang berminat dan turut melibatkan jemputan khas daripada negara-negara sekitar Asia Tenggara;

ü Tiada sebarang kelayakan pemain yang ditetapkan, setiap regu adalah bebas untuk mendaftarkan mana-mana pemain samada berstatus bintang ataupun tidak.

4.    Yuran penyertaan yang dikenakan bagi setiap kategori adalah seperti berikut :

ü  Kategori Bakat Baru      -  RM80.00 satu regu; dan
ü  Kategori Terbuka           -  RM150.00 satu regu.

5.    Borang penyertaan boleh diperolehi di lokasi seperti berikut :

ü  Pejabat Pengurusan Kompleks Kejiranan Presint 8, 9,11 dan 16, Putrajaya
ü  Unit Sukan dan Rekreasi, Perbadanan Putrajaya (03-8887 7439 /7547/03-8887 7000 sambungan 8028.

ü  Muat turun dalam laman Web Perbadanan Putrajaya : www.ppj.gov.my atau

ü  Facebook : Persatuan Sepak Takraw Putrajaya
ü  Blog PESTAP:  pestap.blogspot.com

ü  Hubungi Urusetia terlibat : En.Mohd Yusof (012-6905327) dan En.Abu Amar (016-5554124), Tuan Haji Ishak Bin Mat Isa (013-6-77944)


6.    Namun begitu, pembayaran dan serahan borang penyertaan hanya boleh dibuat di lokasi berikut sahaja :

ü  Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya (03-8887 7664)

ü  Unit Sukan dan Rekreasi, Aras 3 Blok B Perbadanan Putrajaya (03-8887 7439 /7547/03-8887 7000 sambungan 8028.

ü  Pembayaran juga boleh dibuat melalui Bank Draf / Cek / EFT ke atas nama PERSATUAN SEPAK TAKRAW PUTRAJAYA ( CIMB : 16010000825109 ), setiap pembayaran yang telah dibuat hendaklah dimaklumkan segera kepada pihak urusetia : (En.Abu Amar : 016-5554124 / En. Mohd Yusof : 012-6905327)

7.    Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 19 September (Rabu)Hanya regu yang mendaftar serta membayar yuran penyertaan sebelum atau pada tarikh tutup penyertaan sahaja yang akan diterima dan layak bertanding.

8.    Taklimat dan Undian perlawanan akan dijalankan pada 21 September 2012 (Jumaat) di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pengurusan Kompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya pada jam 8.30 malam. Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak sekiranya tiada wakil dan keputusan adalah muktamad.

9.    Pertandingan akan dijalankan secara LIGA PERINGKAT KUMPULAN.

10. Setiap bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis dengan mengandungi fakta dan juga bukti dalam bentuk Hard Copy yang telah diperakui kepada pihak Urusetia dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan beserta wang cagaran RM500.00.

11. Jawatankuasa bantahan akan ditentukan sendiri oleh pihak Urusetia . Sekiranya bantahan diterima, wang cagaran akan dikembalikan semula dan sebarang keputusan adalah muktamad.

12. Pihak penganjur berhak meminda apa jua peraturan, syarat dan jadual pertandingan sekiranya perlu dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kehilangan harta benda sebarang keputusan yang diputuskan oleh pihak penganjur adalah muktamad.

13. Hadiah Pemenang :

BIL
KATEGORI
TEMPAT

NILAI

1.
TERBUKA
ü  JOHAN
ü  NAIB JOHAN
ü  KETIGA
ü  KEEMPAT
ü  SUKU AKHIR
ü  RM5,000.00 + MEDAL
ü  RM3,000.00 + MEDAL
ü  RM2,000.00 + MEDAL
ü  RM1,000.00 + MEDAL
ü  RM   200.00 SETIAP REGU
2.
TERTUTUP
ü  JOHAN
ü  NAIB JOHAN
ü  KETIGA
ü  KEEMPAT
ü  RM1,500.00 + MEDAL
ü  RM   800.00 + MEDAL
ü  RM   500.00 + MEDAL
ü  RM   300.00 + MEDAL






Tuesday 18 October 2011

Kejohanan Sepak Takraw Komuniti Putrajaya

Bagi memeriahkan Karnival Pusat Kejiranan Presint 11, Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama PESTAP akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Komuniti Putrajaya yang hanya terbuka penyertaannya kepada warga putrajaya pada 29-30 Okt 11.  Hadiah kejohanan tidaklah banyak mana...johan akan membawa pulang RM500... hadiah sehingga tempat keempat... yuran penyertaan tidaklah mahal mana...hanya RM5 untuk satu regu...kenape...tak percaye... penganjur bukan nak carik untung...sekadar nak mengimarahkan karnival... borang2 boleh diperolehi di Kaunter Pusat Kejiranan...

Sunday 16 October 2011

Latihan Mingguan

Setelah hampir 2 bulan latihan mingguan dijalankan...dilihat kehadiran pemain2 dari sekitar Putrajaya yang terpilih untuk mengikuti latihan semakin berkurangan...apapun tahniah dan terima kasih kepada barisan pemain yang masih mengekalkan komitmen yang tinggi untuk terus hadir menimba ilmu sepak takraw...juga kepada barisan jurulatih yang setia meluangkan masa untuk melatih bakat2 baru yang ada ini...
kepada yang tersenarai..janganlah sia-siakan peluang yang diberikan ini kerana peluang percuma ini tidak ada di semua tempat... di atas kesedaran untuk memartabatkan kembali sukan tradisi masyarakat melayu..PESTAP membuka ruang kepada warga Putrajaya untuk menjalani latihan sepak takraw secara percuma dengan menyediakan tempat dan jurulatih berpengalaman untuk melatih anda semua...sesungguhnya ramai peminat sukan ini dari luar putrajaya yang berhajat untuk turut serta dalam sesi latihan yang dijalankan...semangat Sdr Andi, pemain sepak takraw dari Switzerland harus dipuji kerana dari jauh beliau sanggup datang untuk mempelajari sukan tradisi masyarakat melayu...tetapi ada di antara kita yang tidak menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya... RENUNG-RENUNGKAN LAH...DAN FIKIR-FIKIRKAN LAH...







Monday 19 September 2011

Sekitar Sesi Pemilihan Pemain Sepak Takraw Putrajaya

Terima kasih diucapkan kepada semua yang telah menghadiri sesi pemilihan yang telah dijalankan jumaat lepas (16/9/11).  Hampir 60 pemain bakat-bakat baru sekitar putrajaya talah sudi meluangkan masa bagi menyahut panggilan PESTAP. Perancangan asal PESTAP adalah untuk mengumpulkan seramai 30 pemain yang akan menjalani latihan pusat pada setiap minggu, namun begitu seramai 36 pemain telah terpilih untuk mengikuti latihan yang telah dirancangkan. 
Kepada yang tidak terpilih, jangan berputus asa dan teruskan usaha untuk meningkatkan prestasi kerana anda semua masih berpeluang untuk diserapkan kedalam pasukan sepak takraw Putrajaya.  Sesungguhnya kami di PESTAP amat menyanjung tinggi semangat anda semua.

Sekalung penghargaan di atas kerjasama Kelab Sepak Takraw Presint 9, Kelab Sepak Takraw Presint 11 dan Kelab Sepak Takraw Presint 18.

Kepada yang telah terpilih, diharapkan anda dapat menepati jadual latihan yang telah ditetapkan.
Latihan akan dijalankan pada setiap hari selasa dan khamis bermula jam 8 malam di Gelanggang Sepak Takraw PESTAP yang bertempat di Pusat Kejiranan Presint 11.


Berikut gambar sekitar sesi pemilihan...