Powered By Blogger

Wednesday 17 August 2011

Gelanggang PESTAP

Inilah Gelanggang Sepak Takraw Pusat Kejiranan Presint 11 yang akan digunakan sebagai Gelanggang Rasmi PESTAP. Kedudukan gelanggang akan diubah ke kedudukan melintang agar lebih selesa.

Jadual penggunaan gelanggang ini bagi pemain yang berada di sekitar Putrajaya adalah pada setiap hari Selasa, Khamis dan Jumaat bermula jam 8 malam.  Penggunaan dewan Pusat Kejiranan Presint 11 pada setiap Isnin dan Rabu bermula jam 6 petang akan diteruskan seperti biasa....kedatangan dialu-alukan.

Pasukan Sepak Takraw Putrajaya akan menggunakan gelanggang ini pada setiap Sabtu dan Ahad sebagai Pusat Latihan.
 

Sunday 7 August 2011

Lagi Gambar Sekitar Kejohanan Sulung

Man Kuda

 Pemenang Kategori Komuniti
Ragu Piala Dunia

TKP




Barisan Pengadil

Sebahagian Peminat Sukan Sepak Takraw Yang Hadir



Abg Jamil...Vateran yang masih berbisa





Saturday 6 August 2011

Pembentukan Pasukan Sepak Takraw Putrajaya

PERSATUAN SEPAK TAKRAW WP PUTRAJAYA DENGAN KERJASAMA PERBADANAN PUTRAJAYA AKAN MELAKSANAKAN PROGRAM PENCARIAN BAKAT BARU BAGI PEMBENTUKAN PASUKAN SEPAK TAKRAW PUTRAJAYA. PROGRAM INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENCUNGKIL DAN MENGENAL PASTI BAKAT BARU DENGAN DIBERI LATIHAN DAN BIMBINGAN SECARA BERTERUSAN OLEH JURULATIH BERTAULIAH UNTUK MEWAKILI PUTRAJAYA KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI.

SYARAT - SYARAT PENYERTAAN

1.    Penyertaan adalah terbuka kepada semua warga Putrajaya yang berminat dan berpotensi untuk mewakili Putrajaya dan tidak terikat dengan mana-mana perjanjian persatuan-persatuan sepak takraw negeri lain;

2.  Pemilihan terbuka akan dibuat pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian dan pemilihan muktamad hanya melibatkan seramai 30 orang peserta sahaja;

3.    Untuk keterangan lanjut dan serahan borang sila hubungi pihak urusetia di talian berikut :

ü          Setiausaha Kehormat (PESTAP)  :  En.Abu Amar – 0165554124 / 0174668665
ü          Ridhuwan Abdul Manaf aka Duang (012-9230237) dan Mohd Yusof (012-6905327)

HARI INI MERUPAKAN TARIKH LAST UNTUK SUBMINT BORANG... KEPADA YANG MASIH BELUM BERBUAT DEMIKIAN...CEPAT---CEPAT SEBELUM ANDA TERLEWAT...
KEPADA YANG TELAH MENDAFTAR, ANDA AKAN DIHUBUNGI BAGI MEMAKLUMKAN TARIKH PEMILIHAN...PEMILIHAN AKAN DIJALANKAN DALAM FORMAT PERTANDINGAN...REGU AKAN DITENTUKAN MELALUI CABUTAN UNDI...SELAMAT BERJUANG...

Gambar sekitar kejohanan sulung penganjuran PESTAP





Friday 5 August 2011

Penubuhan

Persatuan Sepak Takraw Wilayah Persekutuan Putrajaya (PESTAP) telah diluluskan penubuhannya oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia mulai 7 April 2011.  PESTAP diterajui pimpinannya oleh YBhg Dato’ Khairudin bin E.S. Abd Samad sebagai Presiden.  Barisan Jawatan kuasa terdiri daripada individu-individu yang menetap dan bekerja di Putrajaya.  Walaupun PESTAP merupakan sebuah persatuan sepak takraw yang baru,  peranan yang akan dimainkan dalam membangunkan sukan sepak takraw di Putrajaya khasnya insyallah akan mencapai objektifnya kerana dibarisi oleh jawatan kuasa  yang sememangnya berpengalaman dengan dunia sukan sepak takraw.  Selain itu, usaha PESTAP dalam pembangunan sukan sepak takraw di Putrajaya turut disokong oleh kelab-kelab sepak takraw yang telah berdaftar secara rasmi dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia seperti Kelab Sepak Takraw Presint 18 (KESTAR), Kelab Sepak Takraw Presint 9 (KSP 9) dan Kelab Sepak Takraw Presint 11 (KESTAP 11).  Kejohanan sulung yang telah dianjurkan dengan jayanya ialah Kejohanan Sepak Takraw Komuniti dan Terbuka Putrajaya yang telah berlangsung dari 2-3 Julai 11.  Kejohanan ini merupakan anjuran bersama antara PESTAP dan Perbadanan Putrajaya. Kini PESTAP sedang dalam usaha untuk membentuk Pasukan Sepak Takraw Putrajaya sebagai persiapan bagi menyertai kejohanan-kejohanan tempatan.