KEJOHANAN SEPAK
TAKRAW ANTARA REGU SEMPENA KARNIVAL KOMPLEKS KEJIRANAN
PUTRAJAYA 2012
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN
AM KEJOHANAN
1. Kejohanan Sepak Takraw Karnival Kompleks Kejiranan Putrajaya
2012 ini akan dipertandingkan mengikut Undang-Undang Persatuan Sepak Takraw
Malaysia (PSM) dan ISTAF yang sedang berkuatkuasa masa kini.
2.
Kejohanan ini akan dijalankan pada 22-23 September 2012 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Dewan
Serbaguna, Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya.
3.
Kejohanan ini adalah terbahagi kepada 2 jenis kategori
seperti berikut :
3.1 KATEGORI
BAKAT BARU :
ü Penyertaan
adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat;
ü Setiap
peserta hanya dibenarkan mendaftar untuk satu kategori sahaja;
ü Pemain
yang pernah mewakili ATM, PDRM, Negeri,
Negara dalam kejohanan Grand Prix Kebangsaan, Piala Emas Khir Johari, SUKMA dan
MAKSAK TIDAK LAYAK didaftarkan dalam kategori
ini.
ü Pemain
yang hanya menyertai kejohanan peringkat MSSM atau pemain yang berumur melebihi
40 tahun dan ke atas serta apa sahaja kejohanan lain yang tidak dinyatakan
adalah terkecuali daripada peraturan yang ditetapkan.
3.2 KATEGORI
TERBUKA PUTRAJAYA :
ü Penyertaan
adalah terbuka kepada semua pemain yang berminat dan turut melibatkan jemputan
khas daripada negara-negara sekitar Asia Tenggara;
ü Tiada
sebarang kelayakan pemain yang ditetapkan, setiap regu adalah bebas untuk
mendaftarkan mana-mana pemain samada berstatus bintang ataupun tidak.
4.
Yuran penyertaan yang dikenakan bagi setiap kategori adalah
seperti berikut :
ü Kategori Bakat Baru - RM80.00
satu regu; dan
ü Kategori
Terbuka - RM150.00
satu regu.
5.
Borang penyertaan boleh diperolehi di lokasi seperti berikut
:
ü Pejabat Pengurusan Kompleks Kejiranan Presint 8, 9,11 dan 16,
Putrajaya
ü Unit
Sukan dan Rekreasi, Perbadanan Putrajaya (03-8887
7439 /7547/03-8887 7000
sambungan 8028.
ü
Facebook : Persatuan
Sepak Takraw Putrajaya
ü Blog
PESTAP: pestap.blogspot.com
ü Hubungi Urusetia terlibat : En.Mohd Yusof (012-6905327) dan En.Abu
Amar (016-5554124), Tuan Haji Ishak Bin Mat Isa (013-6-77944)
6.
Namun begitu, pembayaran dan serahan borang penyertaan hanya
boleh dibuat di lokasi berikut sahaja :
ü Kompleks
Kejiranan Presint 11, Putrajaya (03-8887 7664)
ü Unit
Sukan dan Rekreasi, Aras 3 Blok B Perbadanan Putrajaya (03-8887 7439
/7547/03-8887 7000 sambungan 8028.
ü Pembayaran
juga boleh dibuat melalui Bank Draf / Cek / EFT ke atas nama PERSATUAN SEPAK TAKRAW PUTRAJAYA ( CIMB : 16010000825109 ), setiap pembayaran
yang telah dibuat hendaklah dimaklumkan segera kepada pihak urusetia : (En.Abu Amar : 016-5554124 / En. Mohd Yusof : 012-6905327)
7.
Tarikh
Tutup Penyertaan adalah pada 19 September (Rabu).
Hanya regu yang mendaftar serta membayar yuran penyertaan sebelum
atau pada tarikh tutup penyertaan sahaja yang akan diterima dan layak
bertanding.
8.
Taklimat
dan Undian perlawanan akan dijalankan pada 21 September 2012 (Jumaat) di Bilik
Mesyuarat, Pejabat Pengurusan Kompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya pada jam
8.30 malam. Pihak penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak
sekiranya tiada wakil dan keputusan adalah muktamad.
9.
Pertandingan akan dijalankan secara LIGA PERINGKAT KUMPULAN.
10. Setiap
bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis dengan mengandungi fakta dan
juga bukti dalam bentuk Hard Copy yang telah diperakui
kepada pihak Urusetia dalam tempoh 30 minit selepas tamat perlawanan beserta wang cagaran RM500.00.
11. Jawatankuasa
bantahan akan ditentukan sendiri oleh pihak Urusetia . Sekiranya bantahan
diterima, wang cagaran akan dikembalikan semula dan sebarang keputusan adalah
muktamad.
12. Pihak
penganjur berhak meminda apa jua peraturan, syarat dan jadual pertandingan
sekiranya perlu dan tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan
atau kehilangan harta benda sebarang keputusan yang diputuskan oleh pihak
penganjur adalah muktamad.
13. Hadiah
Pemenang :
BIL
|
KATEGORI
|
TEMPAT
|
NILAI
|
1.
|
TERBUKA
|
ü JOHAN
ü NAIB JOHAN
ü KETIGA
ü KEEMPAT
ü SUKU AKHIR
|
ü RM5,000.00 + MEDAL
ü RM3,000.00 + MEDAL
ü RM2,000.00 + MEDAL
ü RM1,000.00 + MEDAL
ü RM
200.00 SETIAP REGU
|
2.
|
TERTUTUP
|
ü JOHAN
ü NAIB JOHAN
ü KETIGA
ü KEEMPAT
|
ü RM1,500.00 + MEDAL
ü RM
800.00 + MEDAL
ü RM
500.00 + MEDAL
ü RM
300.00 + MEDAL
|
No comments:
Post a Comment