Powered By Blogger

Sunday 16 October 2011

Latihan Mingguan

Setelah hampir 2 bulan latihan mingguan dijalankan...dilihat kehadiran pemain2 dari sekitar Putrajaya yang terpilih untuk mengikuti latihan semakin berkurangan...apapun tahniah dan terima kasih kepada barisan pemain yang masih mengekalkan komitmen yang tinggi untuk terus hadir menimba ilmu sepak takraw...juga kepada barisan jurulatih yang setia meluangkan masa untuk melatih bakat2 baru yang ada ini...
kepada yang tersenarai..janganlah sia-siakan peluang yang diberikan ini kerana peluang percuma ini tidak ada di semua tempat... di atas kesedaran untuk memartabatkan kembali sukan tradisi masyarakat melayu..PESTAP membuka ruang kepada warga Putrajaya untuk menjalani latihan sepak takraw secara percuma dengan menyediakan tempat dan jurulatih berpengalaman untuk melatih anda semua...sesungguhnya ramai peminat sukan ini dari luar putrajaya yang berhajat untuk turut serta dalam sesi latihan yang dijalankan...semangat Sdr Andi, pemain sepak takraw dari Switzerland harus dipuji kerana dari jauh beliau sanggup datang untuk mempelajari sukan tradisi masyarakat melayu...tetapi ada di antara kita yang tidak menggunakan peluang yang ada dengan sebaiknya... RENUNG-RENUNGKAN LAH...DAN FIKIR-FIKIRKAN LAH...







1 comment:

  1. Harap dapat buat yang terbaik....anyway saya dari Syarikat SIMZ Enterprise menjual kasut sepaktakraw berjenama Nanyang, Breaker, dan Tangnam..Jualan secara pre order dan pukal dialukan..harga InsyAllah boleh nego sampai dapat..sebarang pertnyaan boleh hantar emel ke info.simzenterprise@gmail.com @ hubungi/sms/whatsapp ke 012-4047014...terima kasih...

    ReplyDelete